Asyraf Wajdi Dusuki
Asyraf Wajdi Dusuki

Asyraf Wajdi Dusuki

YBhg Dato’ Dr. Asyraf Wajdi bin Dato’ Dusuki (lahir 14 Mei 1976) telah dilantik sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) berkuatkuasa pada 29 Julai 2015 sehingga 10 Mei 2018.Sebelum pelantikan ini, beliau telah diamanahkan sebagai Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia pada 3 Jun 2013. Beliau juga merupakan Ahli Dewan Negara dan juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia, Pengerusi Biro Agama Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan. Dalam kerjaya peringkat awal, pernah bertugas sebagai pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Kemudian bertugas sebagai Ketua Hal-Ehwal Penyelidikan, Akademi Penyelidikan Syariah Antarabangsa Dalam Kewangan Islam (ISRA) dan Profesor Madya di International Centre for Education in Islamic Finance (INCEIF) iaitu institusi pengajian tinggi di bawah Bank Negara Malaysia.

Asyraf Wajdi Dusuki

Raja Sultan Abdul Halim
Sultan Muhammad V
Lahir Asyraf Wajdi bin Dusuki
(1976-05-14) 14 Mei 1976 (umur 43)
Malaysia
Dikenali kerana Pembankan dan kewangan Islam
Didahului oleh Dr. Aziz Jamaludin Mhd. Tahir
Alma mater Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
Universiti Loughborough
Pasangan Dr. Nurdianawati Irwani Abdullah
Digantikan oleh Dr. Yusri Mohamad
Parti politik UMNO - BN
Perdana Menteri Najib Razak
Kediaman Petaling Jaya, Selangor, Malaysia